Selamat Datang ke Chantiq Manees
Chantiq Manees ialah platform informasi, produk dan perkhidmatan khusus untuk ibu hamil dan ibu lepas bersalin. Kami membantu ibu melalui fasa kehamilan, kelahiran dan berpantang dengan lebih tenang, yakin dan selamat.Pendekatan kami menggabungkan ilmu, rawatan, penjagaan dan sokongan emosi supaya ibu dapat pulih secara menyeluruh fizikal, mental dan emosi.
Persediaan awal untuk pengalaman bersalin yang lebih positif dan terkawal. Kelas antenatal Chantiq Manees direka untuk memberi kefahaman menyeluruh kepada ibu dan pasangan tentang kehamilan, proses bersalin serta penjagaan selepas bersalin.
Sokongan pemulihan dari dalam dan luar. Kami menyediakan pilihan produk berpantang yang membantu ibu kembali sihat, segar dan bertenaga, serta menyokong proses pelangsingan selepas bersalin.